CABARAN TEH TARIK F&N

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

F&N meneruskan warisannya membantu rakyat Malaysia menikmati detik citarasa teristimewa dengan memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru Teh Tarik, “Hang Tarik” di Mydin USJ pada 20 Mei lalu.

Menerusi kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan baru-baru ini, F&N sekali lagi menggembirakan rakyat Malaysia dengan berkongsi cara terbaik membuat Teh Tarik Ori sempurna bagi keluarga, sahabat-handai dan pelanggan.

Pengurus Pemasaran Kanan F&N Beverages Marketing, Cik Eileen Chan mengulas di acara tersebut, “Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N merupakan pelengkap rasa yang lazat lagi sempurna yang membantu rakyat Malaysia mencapai piawai emas dalam penyediaan Teh Tarik Ori.”

Buat julung kalinya, para pengunjung Mydin berpeluang belajar cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna menerusi siri permainan berhalangan simulasi yang perlu ditamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Menganjurkan acara yang melibatkan penyertaan orang ramai seperti hari ini ialah platform yang menarik bagi kami berkongsi, melibatkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dengan aktiviti yang menyeronokkan. Pernah dikatakan bahawa latihan dan pengalaman selama bertahun-tahun diperlukan untuk menguasai seni membuat Teh Tarik, tetapi sekarang semua orang boleh belajar cara membuat Teh Tarik sempurna dengan kemanisan “secukup rasa” yang lemak berkrim dan berbuih cantik; hanya perlu “kahwinkan” Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N,” tambah Cik Eileen.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan