BAHAN-BAHAN
200 gm beras pulut hitam
120 gm gula pasir
150 gm gula merah
300 ml santan
200 ml air
2 helai daun pandan
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Basuh bersih beras pulut hitam dan rendam semalaman.
- Di dalam periuk masukkan beras pulut bersama-sama air rendaman dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
- Kemudian barulah masukkan gula pasir, gula merah, garam, air lalu masak kembali sehingga gula larut dan kering. Masukkan pula santan dan kacau sentiasa.
- Biarkan mereneh seketika dan sedia untuk dihidangkan.