BAHAN KULIT LUAR
420 gm tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 cawan air
Bijan secukupnya
BAHAN INTI
250 gm kacang hijau – rendam
1 keping gula Melaka
200 gm gula pasir
3 sudu besar tepung gandum
CARA MENYEDIAKAN:
- KULIT LUAR : Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit, uli adunan sebati. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut.
- INTI : Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang. Biarkan sehingga airnya hampir kering.
- Masukkan gula Melaka dan gula pasir, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
- Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk bentukkan inti menjadi bulat.
- Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah dibentuk menjadi bulat-bulat tadi.
- Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
- Terus golek-golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan.
- Goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau sehingga kekuningan.