BAHAN BUTIR NANGKA
300 gm tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
150 ml air suam (anggaran)
BAHAN KUAH SANTAN
½ liter santan pekat
200 gm gula pasir
2 cm halia – hiris
2 helai daun pandan
2 sudu kecil halba
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MENYEDIAKAN:
- Tepung pulut, tepung beras dan air disatukan.Uli hingga menjadi doh lembut.
- Masukan pewarna hijau.Uli lagi. Bentukan menjadi bebola kecil sebesar guli dan leperkan.
- Masukkan ke dalam air yang sedia mendidih. Biarkan seketika sehinggalah iatimbul. Angkat dan rendamkan dalam air sejuk dan tus supaya tidak melekat.
- KUAH SANTAN : Satukan santan, gula pasir, halba, daun pandan dan sedikit garam ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan.Kacau sentiasa.
- Masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah santan dan sedia untuk dihidangkan.