BAHAN
Sedikit daun pisang
Sedikit lidi
BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH
150 gm gula Melaka – cincang
1 sudu besar gula
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan
40 gm tepung beras
400 ml air
Secubit garam
BAHAN LAPISAN ATAS
½ sudu kecil air kapur
200 ml santan
2 sudu besar gandum
40 gm tepung beras
½ sudu kecil garam
CARA
- Sediakan daun pisang, gulung bentuk kon dan selit dengan lidi untuk melekatkannya. Boleh juga menggunakan stapler.Panaskan kukusan.
- UNTUK LAPISAN BAWAH: Panaskan air, gula dan gula Melaka bersama daun pandan hingga hancur. Tapiskan.
- Kemudian tuangkan air gula ini ke dalam periuk dan kacau diatas api perlahan sehingga pekat.
- Susun kon daun pisang ke dalam lubang kukusan.
- Curahkan lapisan bawah 2/3 paras acuan.Kukus selama 10 minit.
- UNTUK LAPISAN ATAS : Campurkan semua bahan lapisan atas dan kacau sebati.
- Curahkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.