KUAH SAYUR BERSAMA NASI IMPIT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

250 gm bawang merah – kisar

100 gm bawang putih – kisar

10 gm halia – kisar

100 gm cili kisar

30 gm serbuk kunyit

10 gm udang kering

10 gm daun kunyit

1 paket santan

Garam dan gula

 

BAHAN A

100 gm lobak merah

1 paket tempe

3 keping tauhu goreng

100 gm kubis bulat

10 gm suhun

1gm pucuk tauhu

 

CARA

  1. Potong bahan A mengikut cita rasa.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia  sehingga garing.
  3. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, udang kering dan daun kunyit.  Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan santan dan sebatikan rasa gula dan garamnya. Kacau sebati.
  5. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan bahan A. Tutup api dan kacau sehingga panasnya turun. Hidangkan dengan nasi impit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan