BAHAN
1 ekor ayam – potong 10
Sedikit serbuk kunyit
Garam
BAHAN A
1 liter minyak masak
10 gm kulit kayu manis
2 gm bunga lawang
2 gm buah pegaga
BAHAN B
5 batang serai
250 gm bawang merah
120 gm bawang putih
100 gm halia
BAHAN C
150 gm cili kisar
500 gm sos tomato
50 gm sos cili
20 gm cili merah
20 gm cili hijau
20 gm tomato
100 gm stok ayam
CARA
- Ayam yang telah dibersihkan, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga wangi dan naik bau.
- Masukkan bahan B, tumis lagi sehingga garing.
- Kemudian, masukkan bahan C dan masak selama 5 minit.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Sebatikan rasa garam.