AYAM RENDANG IBUNDA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 ekor ayam – potong 10

1 liter santan

300 gm kerisik

2 helai daun limau purut

10 gm daun kunyit

150 gm stok ayam

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula

 

BAHAN KISAR

250 gm bawang merah

100 gm bawang putih

80 gm halia

10 gm lengkuas

20 gm kunyit hidup

4 batang serai

 

CARA

  1. Ayam yang telah dibersihkan, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan kerisik, stok ayam dan ayam, gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga rendang sedikit kering.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan