BAHAN
1 biji kek pandan span
100 gula pasir
30 ml jus pandan
15 gm serbuk agar-agar
15 gm tepung jagung
Garam
BAHAN ADUNAN A
500 ml santan kelapa
3 biji telur ayam
CARA
- Campurkan santan dan telur, tapis ke dalam bekas. Ketepikan.
- Campurkan gula dan jus pandan ke dalam adunan A, kacau sehingga sebati.
- Didihkan air di dalam periuk, menggunakan teknik ‘double boiler’ masak adunan sehingga pekat, lebih kurang 1 jam. Ketepikan.
- Sementara itu, larutkan agar-agar serbuk dan tepung jagung dengan sedikit air. Tuangkan larutan agar-agar ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Potongkan kek pandan span kepada 3 atau 4 bahagian mengikut ketinggian acuan yang digunakan.
- Lapiskan kek pandan sehingga menutupi permukaan atas kek. Tuangkan agar-agar secara berselang seli. Ulangi proses yang sama sehingga habis.
- Simpan kek yang telah siap, kedalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum di hidangkan.