BAHAN-BAHAN
500 ml air
3 sudu besar marjerin
250 gm tepung gandum
½ sudu kecil garam
3 biji telur
CARA MENYEDIAKAN
1.Didihkan air dan masukkan marjerin. Kemudian masukkan tepung dan garam. Kacau hingga kental. Matikan api.
2. Bila adunan menjadi suam, masukkan dalam pengisar dan kisar perlahan. Sambil itu masukkan telur satu persatu hingga habis. Letakkan pewarna ikut suka.
3. Panaskan minyak. Masukkan adunan beg paip yang menggunakan muncung nozel dan tekan terus ke dalam minyak dan goreng hingga masak.
4. Angkat dan taburkan gula kastor.