PISANG GARING BERKEJU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
Untuk menghidang, tuangkan sos coklat ke atasnya bersama strawberi sebagai hiasan.

BAHAN-BAHAN

3 biji pisang berangan

½  sudu kecil serbuk kulit kayu manis

3 sudu besar tepung gandum

2 biji telur

2 cawan emping jagung – kisar

½  cawan sos coklat

50 gm keju cheddar

6 biji strawberi

Minyak masak untuk menggoreng

 

CARA MENYEDIAKAN

Buang kulit pisang dan sapukan dengan campuran tepung gandum dan serbuk kulit kayu manis.
Celupkan ke dalam telur.
Selepas itu, salutkan dengan emping jagung. Pastikan disalut sempurna.
Panaskan minyak dan goring sehingga garing. Angkat dan tuskan.
Kemudian parutkan keju cheddar.
Untuk menghidang, tuangkan sos coklat ke atasnya bersama strawberi sebagai hiasan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan