- Pithecellobiumjiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae, adalah nama saintifik bagi jering.
- Pokok jering kebiasaannya agak tinggi dan besar. Daunnya berpasangan dan bunganya berwarna putih kuning muda.
- Buah jering muda selalunya dibuat ulam. Isi muda rangup tidak terlalu pahit dari jering tua dan rasanya lebih lemak.
- Rebus jering sehingga empuk, kemudian gaulkan dengan kelapa parut dan sedikit garam. Enaknya tak terkata.
- Jering separuh tua, ditanam di dalam tanah atau habuk kayu selama satu minggu untuk menghasilkan jering cambah. Baunya lebih kuat, enak dibuat sambal jering.
- Buah jering juga boleh digunakan untuk menghasilkan produk organik semburan racun perosak menggantikan racun perosak sintetik.
- Kandungan asid djenkolic yang terdapat pada jering, dapat membunuh dan menghalang perosak serangga pada pokok.
- Jangan makan terlalu banyak jering kerana ia boleh membuatkan anda kencing tersepit. Untuk mengatasinya, banyakkan minum air kosong, bagi melancarkan semula sistem pembuangan air kecil.
- Batang pokok jering, kini di komersialkan untuk membuat perabut rumah.
- Warna ungu pada kulit, di sebelah dalam jering diproses untuk membuat pencelup kain.