BAHAN

10 biji jering tua

50 gm ikan bilis – tumbuk lumat

500 ml santan

Sedikit garam

 

BAHAN KISAR

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

15 tangkai cili padi

3 cm kunyit

 

CARA

  1. Jering tua, dibelah dua kemudian direbus sehingga empuk. Angkat dan tuskan airnya.
  2. Tumbuk jering menggunakan batu lesung, supaya sedikit kembang. Ketepikan.
  3. Kacau perlahan-lahan, masukkan jering tua dan ikan bilis.
  4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Apabila kuah sudah mendidih, bolehlah angkat dan hidangkan.