BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk bikarbonat
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan jagung krim
CARA:
- Panaskan kukusan. Balut tudung kukusan supaya air tidak menitik ke atas mufin.
- Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonatdan garam.
- Dalam mangkuk lain kacau minyak, telur dan gula. Bila sebati masukkan jagung.
- Masukkan adunan jagung ke dalam adunan gandum dan kacau sebati guna whisk.
- Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.