Lemon mempunyai khasiat potasium lebih berbanding epal dan anggur. Untuk itu anda digalakkan minum air lemon setiap pagi dan ia memberi kesan baik yang mendalam untuk kesihatan anda.
Ia boleh diminum sejuk ataupun suam, cukup dengan perahan setengah biji lemon untuk secawan air ia dapat memberikan tenaga dan membersihkan sistem badan.
- Memperkuatkan sistem imun tubuh
Kaya dengan vitamin C, lemon dapat membekalkan sistem imun yang semula jadi dan daya tahan untuk kesihatan anda. Ia amat diperlukan jika anda terasa penat dan tertekan. Ini kerana vitamin C akan banyak digunakan jika anda terlalu banyak kerja.
- Membantu penghadaman
Jus lemon boleh membantu penghadaman dan menghapuskan toksin dalam badan. Ia juga menghalang kembung perut dan sakit hulu hati.
- Membersihkan sistem tubuh
Jika ada toksin dalam badan, lemon dapat membesihkannya melalui sistem tubuh.
- Mengurangkan radang
Air lemon dapat mengurangkan kadar asid dalam badan dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan radang.
- Mengurangkan berat badan
Jus lemon kaya dengan serat pektin dan dapat mengawal rasa lapar.
- Mencantikkan kulit
Jus yang kaya dengan antioksidan, dan vitamin C mengurangkan kedut muka dan mencerahkan kulit.
- Menghalang jangkitan
Jangkitan seperti sakit tekak boleh dielakkan dengan meminum segelas jus lemon suam. Selain itu ia juga dapat mengelak jangkitan penyakit.
- Memberikan tenaga
Selain baik untuk pencernaan, ia juga dapat membekalkan tenaga apabila ia melalui saluran penghadaman.
- Sumber potasium
Potasium baik untuk otak, saraf dan jantung, dan semua itu terkandung dalam jus lemon.