BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap saiz besar
200 gm jeruk bawang putih – cincang
80 gm bawang putih – hiris
200 gm bawang merah kecil – cincang
5 sudu besar jus limau nipis
2 cm akar daun ketumbar – hiris
4 tangkai cili padi – hiris
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
BAHAN HIASAN
2 biji limau kasturi – hiris
3 tangkai daun ketumbar – hiris
CARA MENYEDIAKAN
- Bersihkan ikan, letakkan di dalam pinggan. Kemudian masukkan ke dalam periuk pengukus.
- Taburkan jeruk bawang putih, bawang putih, bawang merah, jus limau nipis, daun ketumbar, cili padi, gula dan garam secukup rasa. Kukus sehingga ikan masak.
- Kemudian hiaskan dengan hirisan limau nipis dan daun ketumbar.