Secara tradisional Greek lebih banyak menggunakan ikan dan makanan laut dalam menu harian berbanding daging. Orang Greek lebih menggemari ikan yang mempunyai kandungan minyak yang banyak seperti makarel, sardin, belut dan sebagainya.
Pada abad ke-6, pelayar dan saudagar Greek sering membawa pulang ekor ikan tuna yang kaya dengan asid lemak selepas berlayar berbulan-bulan di lautan. Ini menunjukkan bahawa mereka menjadikan ikan sebagai sumber protein dalam makanan harian. Ini bermakna perikanan ikan tuna telah bermula sejak abad 7 lagi.
Sejenis sos yang diperbuat daripada ikan juga pernah dihasilkan oleh orang Greek dahulu kala. Sos yang dinamakan garos dituangkan di setiap makanan yang dihidangkan.
IKAN PANGGANG GAYA GREEK
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
Garam dan lada hitam
1 biji lemon – perah
4 sudu besar minyak zaitun
2 cawan bawang besar hiris
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 tin tomato cincang
Gula
Secubit serbuk kayu manis
2 sudu besar pes tomato
½ cawan sprite
CARA MENYEDIAKAN
- Ikan ditaburkan garam dan lada hitam tumbuk.
- Sapukan loyang atau pinggan seramik dengan minyak zaitun. Letakkan ikan. Tuangkan jus lemon dan perap dalam peti sejuk selama satu jam.
- Panaskan ketuhar sehingga 180 darjah selsius.
- Sementara itu panaskan kuali dengan minyak zaitun, dan tumis bawang selama 8 minit. Masukkan garam dan bawang putih. Kacau lagi.
- Masukkan tomato tin , gula, serbuk kayu manis, pes tomato dan air sprite.
- Biarkan mendidih, masukkan lagi garam dan serbuk lada hitam.
- biarkan kuahnya mendidih selama 15 minit.
- Letakkan ikan dalam bekas yang sesuai untuk dibakar, dan tuangkan kuah tomato tadi di atas dan bakar selama 20 minit.