KLUWIH MASAK LEMAK AYAM KAMPUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 biji buah kluwih

1 ekor ayam kampung salai – potong kecil

1 biji kelapa – ambil santannya

2 helai daun limau purut

2 batang serai – titik

Sedikit garam

Minyak masak untuk menumis

 

BAHAN KISAR

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1 cm halia

1 cm lengkuas

3 biji buah keras

½ sudu kecil ketumbar

½ sudu kecil lada putih

20 tangkai cili kering

1 tangkai cili merah

5 tangkai cili padi

 

CARA

  1. Buah kluwih dibersihkan, dibuang kulit, dipotong dan direbus hingga empuk. Angkat dan tuskan.
  2. Tumis ke semua bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam kampung dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan santan dan masak dengan api yang sederhana.
  5. Masukkan pula daun limau purut, serai dan garam secukup rasa.
  6. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan kluwih. Biarkan ia masak sebati. Kemudiannya bolehlah dihidangkan.

 

PESAN SAJI: Rupa buah kluwih seakan buah sukun tetapi kulitnya keras dan berduri.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan