
BAHAN
5 batang kemumu
500 gm udang sederhana besar
1 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit
2 batang serai – titik
1 biji kelapa – ambil santan
1 keping asam gelugur
Sedikit garam dan gula
BAHAN KISAR
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
CARA
- Kemumu dibersihkan dan dibuang kulit nipisnya. Kemudiannya dipotong kecil dan direndam dengan garam. Ketepikan.
- Masukkan santan, serai, daun kunyit, asam gelugur dan bahan kisar ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih dan masukkan udang serta kemumu.
- Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Apabila kuah sudah mendidih, padamkan api dan hidangkan.