CENDAWAN KUKUR MASAK LEMAK KANGKUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

500 gm cendawan kukur

1 ikat kangkung

1 biji kelapa  – ambil santannya

2 helai daun kunyit

10 gm udang kering

2 ulas bawang merah kecil – hiris halus

Sedikit garam secukup

 

CARA

  1. Bersihkan cendawan kukur. Ketepikan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk bersama udang kering, daun kunyit dan hirisan bawang merah.
  3. Masak kuah santan dengan api yang sederhana.
  4. Apabila kuah mendidih, masukkan cendawan kukur dan kangkung. Bubuh garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutupkan api.
  5. Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan