KETAM TELUR MASIN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Masih terbayang kelazatan Ketam Bunga Telur Masin di Restoran Cina Muslim Al-Munawarah. Sedap sehingga menjilat jari. Malah, kaki ketam yang rangup, cukup enak dimakan begitu sahaja. Saduran telur masin yang sekata dan sempurna berperisa membuatkan rasa itu kekal lama di dalam mulut.

Panduan memilih ketam terbaik :

  • Ketam haruslah berwarna biru muda
  • Bahagian belakang ketam harus padat apabila ditekan (menandakan ketam segar)

 

BAHAN-BAHAN :

2 ekor ketam

2 biji kuning telur masin

Sedikit susu cair

Cili padi (dipotong)

Daun kari

 

CARA-CARA :

Bersihkan ketam dan rebus separuh masak.

Tapis dan pastikan ketam kering

Selepas itu ketuk di bahagian kaki, tujuannya supaya semua perisa meresap.

Sediakan sos. Satukan kuning telur masin dan susu cair.

Masukkan cili padi dan daun kari.

Tumis bahan-bahan sos dan masukkan ketam.

Siap untuk dihidangkan.

 

(Pastikan ketam kering dengan sempurna, jika tidak, sos tidak akan melekat dengan baik).

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan