KELI SALAI MASAK PECAL

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan keli salai

500 gm santan pekat

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi

10 gm cekur

1 sudu belacan

2 cm lengkuas

2 cm halia

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur, belacan, lengkuas dan halia.
  2. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
  3. Selepas itu, masukkan santan, gula dan garam.
  4. Apabila gulai sudah mendidih, masukkan ikan keli salai dan kacau perlahan-lahan selama 5 minit. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

 

Pesan SAJI: Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan