KERUTUK ITIK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

½ ekor itik – potong sederhana

2 sudu besar rempah kerutuk – bancuh dengan sedikit air

2 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

1 sudu kecil garam

1 kiub pati ayam

¼ keping gula Melaka

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

1 keping asam gelugur

Sedikit minyak masak

 

BAHAN KISAR

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 cm halia

1 biji buah keras

6 tangkai cili kering

 

CARA

  1. Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan itik dan gaul rata. Perlahankan api dan tutup periuk, biar hingga itik empuk.
  3. Apabila itik telah empuk, masukkan santan, asam gelugur, garam, kiub pati ayam, gula Melaka dan kerisik. Kacau rata.
  4. Kacau hingga pekat dan warnanya bertukar sedikit gelap.
  5. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan