KERABU SARE

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

200 gm sare – rendam 8 jam

 

BAHAN KISAR

8 tangkai cili kering – kisar

6 ulas bawang merah – kisar

2 ulas bawang putih – kisar

1 cm halia – kisar

1 cawan santan pekat

½ sudu besar budu

3 sudu kecil minyak masak

1 sudu kecil cuka

 

BAHAN SAMBAL KELAPA

½ biji kelapa parut

5 tangkai cili merah – hiris

1 ekor ikan kembung – rebus ambil isi

1 cm halia

½ sudu kecil garam

 

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan terbit minyak.
  2. Masukkan budu dan cuka. Kacau sebati.
  3. Masukkan santan dan kacau hinggapekat.Ketepikan.
  4. UNTUK MEMBUAT SAMBAL KELAPA : Sangai kelapa hingga bertukar warna keperang-perangan.
  5. Tumbuk ikan rebus bersama garam dan halia.Gaul kelapa, cili merah dan ikan yang telah ditumbuk rata.
  6. Hidangkan bersama kuah tumisan dan kerabu sare.
  7. TEKNIK MENGHIDANG : Gaulkan sambal kelapa, kuah tumis dan sare.

 

PESAN SAJI : Sare ialah rumpai laut.  Di Kelantan, hidangan ini menjadi suatu hidangan wajib bagi setiap kenduri.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan