BAHAN
1 ikat pucuk beko – potong
1 sudu kecil garam
½ cawan kelapa parut – sangai
1 ekor ikan kembung – rebus
½ sudu besar lada hitam
3 ulas bawang merah
1/3 cawan santan
CARA
- Pucuk beko dicelur hingga lembut dan tuskan airnya. Ketepikan.
- Tumbuk bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus hingga hancur.
- Campurkan pucuk beko, kelapa goreng, bahan yang ditumbuk dan garam.
- Gaul rata. Masukkan santan dan gaul rata. Sedia dihidangkan.