BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang
2 labu bawang besar – belah empat
3 tangkai cili merah – belah dua
5 ketul pedal ayam
5 ketul hati ayam – potong mengikut selera
5 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah masak
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar keresek
Sedikit manisan (gula melaka)
Sedikit gula dan garam secukup
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumiskan bahan kisar, biar naik baunya.
- Kemudian masukkan cili kisar, kacau biar sebati. Masukkan rempah dan keresek kacau lagi.
- Setelah itu, masukkan hati, pedal dan ayam serta sedikit air.
- Biarkan empuk terlebih dulu. Masukkan manisan, gula, garam dan sedikit perasa. Selepas itu bolehlah masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa.