GULAI AYAM PENCEN

BAHAN-BAHAN:

1 ekor  ayam pencen

½ cawan minyak masak

½ kg santan

Sedikit asam jawa dan garam secukup rasa

2 sudu  besar rempah masak

2 sudu  kecil gula Melaka

1 cawan cili kering kisar

 

BAHAN A

Kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

2 helai daun pandan

4 sudu  besar rempah gulai

2 kuntum bunga lawang

 

BAHAN KISAR

3 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

5 cm halia

4 cm kunyit hidup

6 cm lengkuas

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan A, cili dan bahan kisar sampai naik minyak.
  2. Kemudian masukkan rempah.
  3. Jika suka boleh campurkan sedikit belacan.
  4. Kemudian masukkan ayam, asam gelugur, garam, gula, manisan dan air secukupnya untuk mengempukkan ayam.
  5. Selepas ayam hampir empuk, masukkan santan. Kacau sehingga mendidih.