BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin
½ liter santan
1 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugur
BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan santan ke dalam periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kisar, serai, asam gelugur, garam dan gula.
- Apabila santan mendidih pecahkan telur masin sebiji demi sebiji ke dalam santan. Buat sampai habis dan kacau perlahan hingga masak. Selepas itu, sesuaikan rasa.