BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
1 mangkuk gula pasir
1 biji kelapa – santan
1 cawan tepung kacang hijau
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan kesemua bahan tersebut sambil dikacau hingga sebati.
- Setelah itu, tapis ke dalam loyang. Masukkan loyang ke dalam tempat pengukus. Tetapi jangan ditutup dulu penutupnya.
- Sambil itu, kacau adunan sehingga sebati dan rata. Kemudian tutupkan pengukus dan biarkan sehingga masak.
- Apabila telah masak bolehlah disejukkan sebentar sebelum dipotong.