BAHAN-BAHAN:
2 biji telur dadar – hiris nipis
½ labu bawang besar – hiris
1 tangkai cili merah – hiris
1 helai daun limau purut
1 biji limau nipis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan hirisan telur dadar dengan bawang merah.
2. Masukkan cili merah dan taburkan hirisan daun limau purut.
3. Akhir sekali, masukkan perahan jus limau nipis dan gaulkan rata.
4. Enak dihidangkan dengan nasi panas.