BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam – potong lapan
4 cawan air
1 kiub pati ayam
2 ½ cawan beras basmathi
1 biji limau kering – boleh diganti dengan hirisan 2 sudu besar kulit oren
1 sudu besar air ros
BAHAN TUMIS A
¼ cawan mentega
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
¼ cawan puri tomato
6 biji tomato – dadu kasar
Garam
BAHAN TUMIS B
½ sudu kecil safron
4 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 helai daun bay
BAHAN BAHARAT – KISAR
4 kuntum bunga cengkih
1 cubit buah pala
1 cubit jintan manis
1 cubit ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
BAHAN HASHWA
Sedikit kismis
Sedikit badam atau gajus
1 labu bawang besar
Sedikit minyak
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan mentega dan tumis bawang merah sehingga kuning.
- Setelah itu masukkan bawang putih dan garam.
- Masukkan puri tomato, bahan baharat, tomato, bahan tumis B.
- Setelah tomato agak hancur masukkan ayam. Biarkan ayam kecut dan gaul sebati sehingga air ayam kering.
- Kemudian tuangkan air, kiub ayam. Biarkan ia mendidih sehingga ayam masak.
- Setelah mendidih masukkan beras dan tanak seperti biasa.
- Boleh juga anda keluarkan ayam terlebih dahulu dan barulah dituangkan beras.
- Setelah air nasi kering anda bolehlah tuangkan air ros.Bila nasi telah kembang barulah digemburkan.
- Ayam tadi anda boleh masukkan dalam ketuhar agar ia lebih garing ataupun letakkan di atas nasi yang telah masak.
- Sewaktu menghidang anda bolehlah taburkan Hashwa di atasnya.
- Untuk menyediakan Hashwa , panaskan minyak dan tumis bawang hingga garing dan kemudian masukkan badam atau gajus bersama kismis.