NASI DAGING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN NASI:
2 cawan beras basmati
200 gm daging
2 sudu besar minyak sapi
2 cawan rebusan daging
2 sudu besar rempah kurma
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji ketumbar
3 biji buah pelaga
1 batang serai – ketuk
1 kiub pati lembu
2 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
4 cm halia – kisar
Sedikit kismis

BAHAN AIR ASAM:
4 tangkai cili cili padi – hiris
1 tangkai cili merah – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – kisar
1 biji tomato – hiris dadu
2 tangkai daun ketumbar – hiris halus
3 cm belacan – bakar
60 ml air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN ACAR:
1 batang timun – hiris nipis
1 labu bawang besar – hiris nipis
1 biji nanas – hiris nipis
Sedikit gula
Sedikit cuka

CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk membuat nasi daging : Rebus daging, ambil air rebusan daging (stok daging). Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dengan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga serta ketumbar sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kurma dan tumis lagi seketika.
4. Masukkan daging bersama air rebusannya, biar mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Selepas itu, barulah masukkan beras dan kacau serata. Masukkan sekali, kiub pati lembu.
6. Apabila nasi sudah kering, gembur-gemburkan dan biarkan sehingga nasi masak. Taburkan kismis dan bawang goreng, dan tutup periuk sementara untuk menaikkan aroma.
7. Untuk membuat air asam : Satukan ke semua bahan yang dihiris dan kisar bersama air asam jawa, tomato, daun ketumbar serta garam secukup rasa. Kacau dan sebatikan rasa. Ketepikan.
8. Untuk membuat acar : satukan ke semua bahan dan sebatikan rasanya. Angkat dan hidangkan dengan nasi daging serta air asam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan