BAHAN
3 cawan pasta penne
½ cawan ikan bilis – goreng rangup
½ labu bawang besar – hiris
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit daun bawang – hiris
Sedikit lada benggala merah, kuning & hijau – hiris
1 cm belacan bakar – hancurkan
1 sudu perahan jus limau
2 tangkai cili padi hiris halus – hiris
CARA
- Pasta direbus hingga empuk, campurkan sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan tuskan. Kemudian gaulkan dengan tiga sudu besar minyak zaitun.
- Letakkan pasta penne di dalam pinggan, masukkan hirisan bawang besar, kerisik, lada hitam, daun bawang, lada benggala merah, kuning dan hijau. Ketepikan seketika.
- Kemudian belacan yang telah dibakar, dihancurkan. Masukkan ke dalam pinggan pasta bersama hirisan cili padi, gaulkan rata dan sebati.
- Akhir sekali, suaikan rasa dan masukkan perahan jus limau nipis. Hidangkan.