BUJUK CUKA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

2 potong isi ikan bujuk

3 sudu besar cuka

1 batang serai – hiris nipis

1 ulas bawang merah – mayang

1 ulas bawang putih – mayang

½ halia – mayang

1 sudu kecil biji sawi

1 biji cili merah – belah dua

4 cm kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

150 ml air

Sedikit garam dan gula

 

CARA

  1. Ikan bujuk digaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, biji sawi dan bunga lawang sehingga garing serta naik bau.
  3. Masukkan cuka, air, ikan dan cili merah.
  4. Biarkan mendidih dan sebatikan garam serta gula.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan