BAHAN
1 cawan nasi beras Jepun/wangi
3 tangkai baby sawi – celur & tabur lada sulah
2 biji terung bulat – celur & tabur lada sulah
BAHAN EKOR LEMBU
1 batang ekor lembu
2 ulas bawang putih – cincang
1 labu bawang Holland – belah dua
4 sudu besar puri tomato
3 sudu besar cili kisar
2 biji tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam
CARA
- Reneh ekor lembu hingga empuk. Ketepikan.
- Tumiskan bawang putih, masukkan bawang Holland dan cili kisar.
- Kemudian masukkan puri tomato, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Sebatikan.
- Tuangkan tumisan di dalam periuk ekor lembu tadi. Reneh sehingga kuah agak pekat dan berkilat.
- Setelah masak, hidangkan bersebelahan dengan nasi, terung dan sawi.