BAHAN-BAHAN

1 ½ cawan ramasan biskut lemak tawar

1 cawan gula pasir

3/4 cawan gula perang

¾ cawan mentega

1/3 cawan susu segar

1 paket biskut lemak masin

1 ½ cawan cip coklat

1 ¼ cawan mentega kacang

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Dalam periuk, satukan ramasan biskut, gula pasir, gula perang, mentega dan susu. Biarkan ia mendidih selama lima minit.
  2. Ambil loyang berukuran 9 x 13 dan susunkan biskut. ‘
  3. Tuangkan adunan yang didihkan sedikit dan susun lagi biskut sehingga tiga lapis diakhiri lapisan atas adalah biskut.
  4. Satukan pula cip coklat dan mentega kacang dan cairkan dengan cara `double boiler’.
  5. Tuangkan atas lapisan paling atas dan masukkan dalam peti sejuk selama 6 jam.