BAHAN-BAHAN
¼ cawan mentega kacang
230 gm krim keju
2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
75 gm cip coklat
CARA MENYEDIAKAN
- Mentega kacang dan krim keju hendaklah berada pada suhu bilik.
- Satukan mentega kacang dan krim keju dan pukul sebati.
- Masukkan pula esen vanila dan gula aising. Gaul lagi hingga sebati.
- Bulatkan menjadi bebola besar dan balut dengan plastik. Sejukkan selama tiga jam.
- Keluarkan dari peti sejuk dan salut dengan cip coklat.
- Sejukkan semula selama sehari dan baru boleh dimakan.