BAHAN KEK SPAN
(30 cm x 30 cm)
120 gm kuning telur
15 gm gula
30 gm madu
70 gm tepung
160 gm putih telur
65 gm gula
30 gm susu segar
15 gm mentega cair
BAHAN KRIM DURIAN
120 gm krim putar
90 gm isi durian – kisar
CARA MENYEDIAKAN
- Terlebih dahulu panaskan ketuhar pada suhu 180’c.
- Satukan susu dan mentega, panaskan pada suhu 40 ‘ c. Ketepikan.
- Dalam bekas lain panaskan juga madu pada suhu 40’c. Ketepikan.
- Pukul kuning telur dengan 15 gm gula selama dua minit sahaja.
- Tuangkan madu dan pukul lagi sehingga kembang.
- Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan 65 gm gula sehingga kembang.
- Ambil satu pertiga adunan putih telur masukkan ke dalam adunan kuning telur, dan gaul sebati.
- Tuangkan tepung dan gaul sebati lagi.
- Habiskan adunan putih telur dan gaul sebati berselang-seli dengan dan mentega.
- Tuangkan dalam loyang yang disapukan mentega dan ditabur tepung seta dilapikkan kertas surih. Bakar selama 15 minit sahaja.
- Satukan krim putar dan puri durian dan pukul sehingga gebu.
- Setelah kek masak, biarkan sejuk dan keluarkan dari loyang. Sapukan krim durian dan gulung. Balut dengan plastik.