BAHAN:

500 gm kepak ayam – potong dua

1 sudu besar sos pedas

1 sudu besar sos BBQ

1 sudu besar gula perang

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar serbuk lada putih

3 sudu besar mentega

Sedikit minyak zaitun

 

CARA:

  1. Untuk bahan perap, cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan serbuk lada putih, serbuk cili, gula perang, sos BBQ dan sos pedas.
  2. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Selepas itu, gaul rata kepak ayam dengan bahan perap dan perap selama 30 minit.
  4. Letak kepak ayam yang telah diperap di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
  5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ayam masak.