BAHAN:
400 gm makaroni – rebus
400 gm daging kisar
1 sudu kecil serbuk oregano
200 gm sayur campur
4 biji telur
100 ml susu sejat
250 gm keju mozarela – parut
250 gm keju cedar – parut
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak
CARA:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, sayur campur, serbuk oregano, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sebati sehingga daging masak.
- Angkat dan gaulkan daging bersama makaroni yang telah direbus.
- Kemudian masukkan separuh bahan tadi ke dalam bekas dan tabur separuh keju mozarela dan cedar di atas.
- Selepas itu masukkan baki makaroni yang telah digaul bersama daging.
- Pukul telur bersama susu sejat, garam dan lada hitam secukup rasa dan tuangkan bancuhan sama rata ke seluruh bekas.
- Tabur baki keju cedar dan mozarela di bahagian atas.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit.