BAHAN:
1 dada ayam
1 biji telur
50 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu besar kejumozarela – parut
1 sudu besar kejuparmesan – parut
2 sudu besar sos pasta
Sedikit minyak zaitun
CARA:
- Ketuk dada ayam sehingga leper.
- Selepas itu, pukul telur dan celup ayam di dalam telur.
- Campurkan tepung bersama serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Kemudian golekkan ayam di atas tepung sehingga sekata.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng ayam sehingga masak dan kuning keemasan.
- Angkat dan letak ayam diatas dulang pembakar dan letak sos pasta dan keju di atas ayam tadi.
- Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga keju cair.