BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang – belah 2
1 keping gula manisan
1 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 skop ais krim
Air secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Kupas ubi kentang, masukkan gula manisan, daun pandan, bunga cengkih, kulit kayu manis bersama air.
- Renehkan dan biarkan ubi kentang masak. Kemudian angkat dan hidangkan bersama ais krim.
PESAN SAJI: Jangan terlalu manis dan masak, seeloknya biarkan sejuk dahulu baru di letakkan ais krim di atasnya.