BAHAN-BAHAN:
4 keping roti tortilla
4 biji ubi kentang – rebus dan potong kiub
50 gm lada benggala – potong kiub
1 labu bawang besar
Sedikit basil
Secubit oregano
Secubit paprika
100 gm daging hancur
Minyak masak secukupnya
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumis daging seketika. Kemudian masukkan bawang besar, oregano dan lada benggala.
- Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Letakkan ke dalam roti tortilla. Kemudian gulung dan potong kepada dua bahagian.
- Bolehlah diletakkan keju dan bakar untuk seketika jika suka atau boleh dihidangkan dengan tomato salsa.