BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang – potong bujur kepada 4 bahagian
1 sudu besar bawang besar – potong kiub halus
2 sudu besar mentega cair
1 sudu besar madu
1 sudu kecil mustard
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar sehingga 190⁰C.
- Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar.
- Letakkan ubi kentang ke atas dulang pembakar. Pastikan ubi kentang tidak bertindih.
- Letakkan bawang besar di atasnya.
- Di dalam bekas yang berlainan, satukan madu, mentega cair, mustard, garam dan serbuk lada sulah. Kemudian tuangkan ke atas ubi kentang tadi.
- Bakar selama 30 hingga 35 minit atau sehingga ubi kentang empuk. Kacau sekejap-sekejap sehingga masak.
- Di dalam bekas yang lain, cairkan mentega dengan api yang perlahan. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dalam masa seminit.
- Tuangkan susu segar perlahan-lahan sehingga habis. Kacau sebati lebih kurang 4 hingga 5 minit. tuangkan adunan tepung tadi ke dalam periuk yang mengandungi ubi kentang dan masak sup sehingga betul-betul masak.