BAHAN-BAHAN SIRAP
2 1/4 cawan gula
1 1/2 cawan air
2 sudu besar jus oren
1 sudu kecil madu
BAHAN-BAHAN KEK
2 cawan tepung suji
1 cawan gula
100 gm mentega (lembutkan)
1 cawan susu penuh krim
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan badam
CARA MENYEDIAKAN:
- Cara menyediakan sirap, masukkan gula, air dan jus oren ke dalam periuk dan didihkan.
- Masukkan madu dan didihkan dengan api yang sederhana selama 8 hingga 10 minit. Ketepikan.
- Panaskan ketuhar dengan suhu 180⁰C
- Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur dan esen vanila.
- Sementara itu, satukan tepung suji, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
- Masukkan bahan-bahan dilangkah tiga ke dalam adunan yang telah diputar tadi sedikit demi sedikit dan masukkan susu.
- Tuang adunan ke dalam acuan pembakar. Hiaskan dengan badam. Bakar selama 25 minit.
- Keluarkan kek dari ketuhar, tuangkan sirap ke atas kek sehingga meresap. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.