BAHAN-BAHAN DOH:
175 gm tepung gandum
100 gm mentega sejuk (dipotong kecil)
25 gm gula aising
1 biji telur kuning
1 sudu kecil air sejuk
BAHAN-BAHAN KASTARD
5 biji telur
125 ml krim
225 gm gula kastor
4 biji jus lemon dan sedikit parutan kulit
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk membuat doh, putar mentega bersama gula. Masukkan air sejuk, telur dan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan adunan doh ke dalam acuan tat. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180⁰C selama 8 minit. Sejukkan.
- Untuk membuat kastard, pukul telur bersama gula. Masukkan krim dan jus lemon serta parutan kulit lemon serta kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam kulit tat dan bakar sekali lagi pada suhu yang sama selama 5 minit. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.
