BAHAN:
1 cawan susu pekat
1 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
8 biji pisang berangan – lenyek
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil esen butterscotch
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
5 biji telur
Secubit garam
½ cawan cip butterscotch – kisar kasar
CARA:
- Gaulkan pisang, minyak masak dan garam sehingga sebati. Ketepikan.
- Masukkan susu, gula halus, esen vanila, esen butterscotch, telur ke dalam mesin pengadun dan pukul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung dan bahan yang telah gaul tadi. Kacau sehingga sebati.
- Tuang ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C sehingga masak.