BAHAN KEK
7 biji telur gred A
180 gm gula halus
32 gm ovellet
200 gm tepung kek
80 ml air
1 sudu besar oren emulco
Sedikit parutan kulit Lemon
Esen vanila
80 ml minyak jagung
BAHAN ISIAN
400 gm Krim putar – pukul
Marshmelow
CARA MENYEDIAKAN
- Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung, putar dengan kelajuan maksima sehingga putih gebu.
- Tuangkan minyak jagung perlahan-lahan diikuti parutan kulit lemon sambil adunan dikacau secara manual sekadar sebati.
- Tuang adunan dalam loyang, bakar pada suhu 120 darjah selsius sehingga masak.
- Setelah sejuk, potong kek kepada dua lapisan, paip krim putar dan taburkan marshmelow