KEK LUMUT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 cawan tepung gandum – ayak

1 cawan serbuk horlicks

1 cawan serbuk nestum

3/4 cawan gula halus

250 gm mentega

4 biji telurĀ  gred A

pewarna hijau secukupnya

4 sudu besar kaya

1/4 cawan susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanila

 

CARA :

  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan kaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan serbuk horlicks dan serbuk nestum dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanila. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil.
  8. Kukus selama 2 setengah jam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan