UDANG MASAK ASAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan A

500 gm udang – Saiz sederhana

 

Bahan B – Tumbuk

1 labu bawang besar

3 tangkai cili merah

3 tangkai cili padi – jika suka pedas

 

Bahan C

1 sudu besar pes asam jawa pekat

2 sudu besar gula

1 sudu teh garam atau secukup rasa

4 sudu besar minyak

 

Cara memasak

  1. Bersihkan udang, buang kulitnya tetapi tinggalkan bahagian ekor.
  2. Tumbuk bawang besar, cili merah dan cili padi.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan udang tetapi jangan di kacau. Cuma alih-alihkan bila udang tersebut bertukar warna.
  4. Masak lagi tetapi jangan terlalu lama. Angkat dan ketepikan seketika.
  5. Dengan kuali bekas minyak tadi, tumis bahan yang di tumbuk menggunakan api sederhana hingga wangi. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula. Masak hingga hampir kering.
  6. Masukkan udang (udang akan keluarkan air jadi sambal tadi tidak akan kering), kacau selama kira-kira 10 saat sehingga sambal tadi bersalut dan melekat di udang tersebut. Gunakan api yang kuat.
  7. Seterusnya matikan api dan bolehlah hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan